Friday, August 5, 2016

When U have Maid

Bila kite ade maid, serba sedikit kite kena tau ape standard jadual, keperluan, dan mcm2 lg berkaitan maid.. Kat sini aku share sikit ape yg aku dpt dr intenet utk panduan kite semua.. INDUKSI 1. Berkenalan dan mengetahui serba sedikit latar belakang maid yang baru sampai.Memberi taklimat ringkas objektif kita menggajikan maid dan bidang kerja yang dipertanggungjawabkan. Perlu dinyatakan peraturan- peraturan khusus keluarga majikan yang perlu dipatuhi. 2. Majikan yng beragama Islam sebaiknya menyatakan tanggungjawab maid dalam aspek beragama seperti solat dan menutup aurat . Sila pastikan maid mempunyai pakaian kerja yang lengkap dan keperluan-keperluan asas yang lain. Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Yasin dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat. 3. Benarkan maid menghubungi keluarga di Indonesia sebelum maid memulakan kerja supaya maid boleh fokus kepada tugas. Untuk membuat panggilan ke Indonesia kod negara Indonesia ialah 0062 atau +62. Jadi jika nombor yang diberi maid 081234567894 maka jika hendak membuat panggilan, dial 006281234567894 atau +6281234567894 , nombor 0 dihadapan nombor 8 diabaikan. KEPERLUAN ASAS/ KEBAJIKAN 1. Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan maid akan bertindak seperti di rumah sendiri. Sebaliknya maid pada peringkat awal akan merasa segan silu untuk makan apatah lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya maid belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat pada waktunya. 2. Pastikan maid mendapat rehat dan tidur yang mencukupi . Waktu bekerja maid bermula jam 5.30 pagi hingga 9.00 malam. Rehat sewajarnya diberi dalam tempoh tersebut. 3. Jika maid sakit sila pastikan maid mendapat rawatan segera. Maid wajib mendapat perlindungan insuran kerana bayaran kos perubatan di hospital kerajaan adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran pengurusan menghantar jenazah disekitar RM4000 atau lebih 4.Keperluan asas wanita perlu disediakan oleh majikan seperti tuala wanita,shampoo, sabun dan ubat gigi. 5. Jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh maid elakkan daripada menengking dan meninggikan suara sebaliknya beri bimbingan dan tunjuk ajar dengan cara yang berhemah. Pembantu yang sensitif akan memendam rasa. Maid adalah manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati . DISIPLIN/PERATURAN Sebaik sahaja maid mula bekerja di rumah kita mereka perlulah dibiasakan memahami dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi atau majikan dan peraturan daripada pihak berwajib. 1. Simpan passport dan buku bank pembantu di tempat yang selamat dan jangan sampai diambil oleh mereka. Pasport yang jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari. 2. Majikan perlu membuka akaun simpanan bank atas nama maid dan wang penggajian maid setiap bulan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank. Maid boleh menghantar wang kepada keluarga di kampong tetapi perlu mengikut jadual gaji seperti yang ditetapkan oleh pihak agensi. Pinjaman wang gaji daripada majikan adalah tidak dibenarkan sama sekali. 3. Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda 4. Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti aspek keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu, tingkap atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur ,penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak ditutup rapat oleh maid. 5. Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Sesetengah rumah pembantu di Indonesia tidak mempunyai kemudahan elektrik. 6. Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, Tindakan ini boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada Konsulat Indonesia atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku. 7. Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu cemburu dan mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu. KOMUNIKASI DUA HALA 1. Sesetengah pembantu kurang memahami Bahasa Melayu terutama mereka yang berasal dari Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah Bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham. 2. Ajar maid tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang adalah longgar seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indonesia sebagai tanda hormat. Syaratkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. 3. Maikan tidak perlu menguji kejujuran maid kerana kebanyakan daripada mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka kecuali mereka ditangkap red handed. Kebanyakan mereka adalah daripada golongan bawahan dan mempunyai pendidikan yang sangat minimum dan mempunyai nilai dan cara berfikiran serta social budaya yang berbeza daripada kita. 4.Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana keadaan ini akan mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah. 5. Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan keseronakan dan keselesaan bagi maid bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama. 6.Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan. JADUAL KERJA HARIAN PEMBANTU RUMAH WAKTU TUGASAN 5.30 pagi Bangun tidur, kemas diri & solat subuh 6.00 pagi Masak Air, membantu menyediakan sarapan 6.30 pagi Basuh & sidai pakaian 7.00 pagi Bangunkan anak, mandi & uruskan anak ke sekolah 7.30 pagi Buang sampah,siram pokok dan kemas di luar rumah 8.00 pagi Berkemas, lap perabot, sapu dan mop lantai 10.00 pagi Tidurkan anak 11.00 pagi Masak Tengahari 12.00 tghr Anak2 Makan Tengahari & Kemas 1.00 tghr Rehat, Kemas Diri & Solat Zohor 2.30 ptg Angkat pakaian, lipat dan gosok 4.30 ptg Solat Asar, Siram Pokok 6.00 ptg Mandikan anak2 dan siapkan 6.30 ptg Mandi, kemas diri dan solat magrib 7.00 mlm Membantu majikan menyediakan makan malam 8.00 mlm Makan Malam, sediakan tempat tidur utk anak2, spray nyamuk jika perlu 9.00 mlm Kemas rumah, mop dapur, basuh pinggan mangkuk dlm sinki 10.00 mlm Solat Isyak & Masuk Tidur JADUAL KERJA MINGGUAN & BULANAN PEMBANTU RUMAH 1. Mencuci tandas-3 hari sekali 2. Menyusun pakaian- 1 kali sehari 3. Mengemas rak2-1 kali seminnggu 4. Kemaskan setor/merumput- 1 kali seminggu 5. Menyapu sawang & mengelap kipas – 1 kali seminggu 6. Mengelap cermin tingkap & sliding door -1 kali seminggu 7. Mengemas luar rumah- 1 kali seminggu 8. Kerja-kerja lain yang disuruh oleh majikan KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN RUMAH 1. Pastikan dapur gas di tutup selepas digunakan 2. Pastikan suis seterika ditutup (off ) selepas digunakan 3. Telefon majikan jika ada perkara kecemasan. 4. Jangan bercakap dengan orang luar (termasuk pembantu rumah di rumah jiran tetangga) 5. Jangan telefon orang luar. 6. Jangan keluar daripada kawasan rumah 7. Jangan benarkan orang luar masuk ke kawasan rumah 8. Pastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci (manga) 9. Pastikan pintu utama rumah sentiasa di kunci. 10. Kunci-kunci rumah hendaklah diletakkan pada kotak kunci. 11. Jangan benarkan anak-anak keluar rumah jika majikan tiada di rumah. 12. Jangan masuk bilik tidur majikan 13. Berbincang dengan majikan jika ada masalah, jangan ambil keputusan sendiri. 14. Jangan memukul, mencederakan atau mendera anak-anak. 15. Laporkan kepada majikan jika anak demam atau tidak sihat dengan segera. 16. Ubat-ubatan & benda-benda tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat. 17. Jangan biarkan anak2 bermian di ruang dapur dan bilik air. 18. Awasi setiap perbuatan anak2. 19. Jangan cuba mengambil sebarang harta di rumah majikan 20. Sentiasa patuh & menghormati arahan majikan.

Who I'am

28 July 2016,7:20pm Seorang isteri yg solehah dan mama yg baik hati kepada 2 org anak 🤗..Bekerja sebagai engineer hampir 9 thn dan menjalani hari2 yg sibuk dan memenatkan .. Tetapi hari ini, aku rasa mcm free terlebih..Teringin menaip dan meneruskan karya yg xberapa nk best ni ..Masa zaman bujang dulu sempat la nk update blog setiap ari ..Rindu zaman tu yg byk sgt masa free smpai kite rase masa bergerak terlalu perlahan, bumi berputar seperti dlm fantasi dan siang mlm berganti sehingga di suruh.. Alamak da magrib..masa sgt mencemburui kite 😅😅.aku stop takat ni dulu. to be continue..

Mission Board

28 July 2016,7:08pm Akhirnye siap mission board aku yg da tergendala berkurun lamanye..Kalo sekali pandang mmg terlalu mudah dan simple aje aku nk capai mission board ini.Tapi sbb terlalu simple dan mudah lah smpai sekarang xterlaksana..Byk sgt alasan dan action yg lembab.So kali ni aku nekad utk tidak jd lembab dan suka bertangguh..Fast Action Fast Result..😊😊

Saturday, July 30, 2016

MAKANAN UNTUK RAUQAH

Setiap ari mama kena cr idea utk rauqah sarapan pagi,mkn tengahari dan mkn malam...kebiasaan nye last minute punya decision,mama masak nuget gan kentang goreng utk sarapan, tghari masak nasi lembik gn kentang dan mlm mkn nasi gn ikan goreng..cian pulak anak mama asek mkn benda yg sama..Teringin nk bg telur separuh masak utk sarapana pagi tp ade org kata xbole bg lg..so xberani..kalo bole mmg itu yg paling easy...Berat badan Rauqah makin turun dan muka nampak cengkung je...rs cm mama nk dok umah dan sentiasa make sure rauqah kenyang je..Mama bole layan rauqah time sbtu and ahad aje.. Arini mama dh jumpa beberapa resepi masakan baru untuk rauqah...Nanti mama masak dan ek...harap2 rauqah suke..ermm.. CHEESY SCRAMBLED EGGS Bahan: 1 biji telor 5 sdm susu cair 1/2 buah tomato, buang bijinya, potong dadu 3 sdm keju cheddar parut 1 sdt marjerin Cara Membuat: 1. Campur semua bahan (kecuali margarine) lalu kacau rata. 2. Panaskan marjerin, lalu tuang adunan, biarkan sebentar (5 saat) sampai adonan mulai terlihat tidak cair lagi. 3. Aduk-aduk adonan telor sampai seluruhnya matang. 4. Bisa dihidangkan begitu saja atau dicampur nasi. ENGLISH BREAKFAST Bahan: 1 biji telor 5 sdm susu cair 1 buah tomato, buang bijinya, potong dadu 3 sdm daging sapi cincang 1/2 gelas jamur kancing segar, potong-potong (jangan pakai jamur kalengan!) 3 sdt marjerin Cara Membuat: 1. Campur jadi satu telur dengan susu cair, kacau sampai rata. 2. Panaskan 1 sdt margarine, lalu buat dadar orak-arik dari adonan tsb. Sisihkan. 3. Panaskan 1 sdt margarine, lalu tumis daging cincang sampai berubah warnanya. Sisihkan. 4. Panaskan sisa margarine, lalu tumis jamur kancing sampai layu. Sisihkan. 5. Campur ketiga bahan tsb, tambahkan potongan tomat, sesaat sebelum disajikan. EGG-VOCADO Bahan: 1 butir telor, rebus, kupas, lalu potong dadu 1 buah alpukat, ambil daging buahnya, potong dadu Cara Membuat: 1. Sajikan kedua makanan tsb pada satu piring. BUAH DWIWARNA Bahan: 4 buah strawberry manis ukuran besar (kalau pakai buah lokal, butuh lebih banyak), potong sesuai selera 1 buah pisang raja, ambi daging buahnya, potong sesuai selera Cara Membuat: 1. Sajikan kedua makanan tsb pada satu piring. SPAGHETTI SAOS BOLOGNESE Bahan: 100 gram spaghetti, rebus sampai lunak, siram, air dingin, tiriskan lalu potong-potong pendek (2 cm) 1 sdt olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light) Saos Bolognese: 20 gram bawang bombay yang sudah dicincang halus 120 gram daging sapi cincang 1/2 batang wortel ukuran sedang, kupas, rebus lalu potong dadu 1/2 buah tomat, potong dadu 3 sdm saos tomat 1/2 sdt oregano cincang (segar/kering) 1 sdm margarine 2 sdm keju parmesan parut Cara Membuat: 1. Campur saghetti rebus dengan olive oil supaya tidak lengket. 2. Saos Bolognese: Panaskan margarine lalu tumis bawang bombay sampai harum. 3. Masukkan daging cincang, aduk sampai daging berubah warna. 4. Tambahkan tomat dadu, saos tomat dan oregano. Masak sampai seluruhnya matang. 5. Masukkan wortel, aduk sebentar. Matikan api. 6. Penyajian: Atur spaghetti pada piring, lalu taburi saos. Taburi keju parut. TAHU SUTRA BALUT TELOR Bahan: 1 buah tahu sutera bentuk silinder 1 butir telor, kocok lepas Minyak zaitun untuk menggoreng Cara Membuat: 1. Potong-potong tahu setebal 1 cm. 2. Celupkan pada telor kocok. 3. Panaskan minyak lalu goreng tahu sampai kedua sisinya kecoklatan. PRAWN MACARONI Bahan: 100 gram macaroni, rebus sampai lunak lalu siram air dingin, tiriskan. 1 sdt olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light) Prawn Sauce: 1 sdm olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light) 20 gram bawang bombay, rajang halus 3 sdm daging udang cincang 1 sdm tepung terigu 50 ml susu cair 1 sdt daun parsley yang sudah dirajang halus 2 sdm keju cheddar/parmesan parut Cara Membuat: 1. Campur macaroni dengan olive oil. Sisihkan. 2. Prawn Sauce: Panaskan olive oil lalu tumis bawang bombay sampai harum. 3. masukkan udang cincang, masak sampai udang berubah warna. 4. Masukkan tepung terigu serta susu, aduk sampai kental. 5. Bubuhi parsley cincang, aduk sebentar lalu angkat. 6. Penyajian: Atur macaroni pada piring saji, lalu tuang prawn sauce di atasnya. Taburi keju parut. BANANA PANCAKE Bahan: 1 buah pisang raja yang matang 5 sdm tepung terigu 125 ml susu cair 1 butir telor, kocok lepas Margarine untuk menggoreng Cara Membuat: 1. Campur semua bahan (kecuali margarine) sampai rata dan licin. 2. Panaskan margarine, lalu buat dadar pancake dari adonan. 3. Tuangkan satu sendok sayur, masak dan dibalik sampai kedua sisinya matang. 4. Lakukan sampai adonan habis. Sebagai variasi, saat membuat dadar, begitu bagian atas terlihat mulai matang, beri parutan keju. Biarkan sebentar lalu lipat dua seperti martabak manis. Angkat. BLOG BABY RAUQAH Posted by @fieza at 7:13pm Wednesday, April 18,2012

HAPPY BESDAY RAUQAH

Hari ini genap umur rauqah 1 thn..Happy Besday Rauqah...Mama doakn anak mama ni sentiasa diberkati hidup di dunia dan di akhirat. Semoga menjadi insan yang beriman dan taat kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga hati dan perasaan mama dan ayah. BLOG BABY RAUQAH Posted by @fieza at 5:13pm Wednesday, Feb 29,2012

AQIQAH

Akhirnya terlaksana jg kenduri akikah rauqah pada 1 mei 2011(ahad)...Belah tghr jemputan utk sedara2 dan sahabat handai dan pd belah mlm ada doa selamat dr org surau..Mmg dh lama rancang nk buat tp tak kesempatan...ini pn keadaan seperti terdesak jgk sbb rauqah asek menangis waktu mlm stat jam 10.30mlm smpai pagi...pelbagai cr dh iktiar spy rauqah mlm tak nages2 tp still cmtu gk...kata org biasa la baby br lahir nk2 anak petama...bila diingat cian nenek gn embah kena gilir2 dodoi kan rauqah sbb asek nages...nk suruh mama, mama xlarat pulak...ayah pulak xabis2 mengaji tak benti2...smpai skang rs riso dan trauma je kalo dengar suara nages rauqah...org paling riso ayah la...haha...kalo ada pertandingan lari pecut antara mama gn ayah,mesti ayah smpai dulu...punya la dia riso rauqah nages....hahaha...mlm cukur jambul tu...rauqah betul2 lena...org mengaji punya kuat...suara sedara mara...tp dia still tido je gn lena lak tu...agaknya antu2 yg selalu kaco dia tu xjd dtg kaco dia sbb kepanasan kot...hihi...pape pn tq tu famili yong yg dtg utk menjayakan majlis ini....kakyong,tira dan fatin tukang masak..ain gn husna baby sister...hihi...time kasih jgk kpd sedara2 lain yg dtg utk memeriahkan lagi majlis ini... BLOG BABY RAUQAH Posted by @fieza at 7:09pm Friday, July 29,2011