Friday, August 5, 2016

When U have Maid

Bila kite ade maid, serba sedikit kite kena tau ape standard jadual, keperluan, dan mcm2 lg berkaitan maid.. Kat sini aku share sikit ape yg aku dpt dr intenet utk panduan kite semua.. INDUKSI 1. Berkenalan dan mengetahui serba sedikit latar belakang maid yang baru sampai.Memberi taklimat ringkas objektif kita menggajikan maid dan bidang kerja yang dipertanggungjawabkan. Perlu dinyatakan peraturan- peraturan khusus keluarga majikan yang perlu dipatuhi. 2. Majikan yng beragama Islam sebaiknya menyatakan tanggungjawab maid dalam aspek beragama seperti solat dan menutup aurat . Sila pastikan maid mempunyai pakaian kerja yang lengkap dan keperluan-keperluan asas yang lain. Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Yasin dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat. 3. Benarkan maid menghubungi keluarga di Indonesia sebelum maid memulakan kerja supaya maid boleh fokus kepada tugas. Untuk membuat panggilan ke Indonesia kod negara Indonesia ialah 0062 atau +62. Jadi jika nombor yang diberi maid 081234567894 maka jika hendak membuat panggilan, dial 006281234567894 atau +6281234567894 , nombor 0 dihadapan nombor 8 diabaikan. KEPERLUAN ASAS/ KEBAJIKAN 1. Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan maid akan bertindak seperti di rumah sendiri. Sebaliknya maid pada peringkat awal akan merasa segan silu untuk makan apatah lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya maid belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat pada waktunya. 2. Pastikan maid mendapat rehat dan tidur yang mencukupi . Waktu bekerja maid bermula jam 5.30 pagi hingga 9.00 malam. Rehat sewajarnya diberi dalam tempoh tersebut. 3. Jika maid sakit sila pastikan maid mendapat rawatan segera. Maid wajib mendapat perlindungan insuran kerana bayaran kos perubatan di hospital kerajaan adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran pengurusan menghantar jenazah disekitar RM4000 atau lebih 4.Keperluan asas wanita perlu disediakan oleh majikan seperti tuala wanita,shampoo, sabun dan ubat gigi. 5. Jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh maid elakkan daripada menengking dan meninggikan suara sebaliknya beri bimbingan dan tunjuk ajar dengan cara yang berhemah. Pembantu yang sensitif akan memendam rasa. Maid adalah manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati . DISIPLIN/PERATURAN Sebaik sahaja maid mula bekerja di rumah kita mereka perlulah dibiasakan memahami dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi atau majikan dan peraturan daripada pihak berwajib. 1. Simpan passport dan buku bank pembantu di tempat yang selamat dan jangan sampai diambil oleh mereka. Pasport yang jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari. 2. Majikan perlu membuka akaun simpanan bank atas nama maid dan wang penggajian maid setiap bulan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank. Maid boleh menghantar wang kepada keluarga di kampong tetapi perlu mengikut jadual gaji seperti yang ditetapkan oleh pihak agensi. Pinjaman wang gaji daripada majikan adalah tidak dibenarkan sama sekali. 3. Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda 4. Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti aspek keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu, tingkap atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur ,penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak ditutup rapat oleh maid. 5. Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Sesetengah rumah pembantu di Indonesia tidak mempunyai kemudahan elektrik. 6. Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, Tindakan ini boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada Konsulat Indonesia atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku. 7. Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu cemburu dan mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu. KOMUNIKASI DUA HALA 1. Sesetengah pembantu kurang memahami Bahasa Melayu terutama mereka yang berasal dari Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah Bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham. 2. Ajar maid tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang adalah longgar seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indonesia sebagai tanda hormat. Syaratkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. 3. Maikan tidak perlu menguji kejujuran maid kerana kebanyakan daripada mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka kecuali mereka ditangkap red handed. Kebanyakan mereka adalah daripada golongan bawahan dan mempunyai pendidikan yang sangat minimum dan mempunyai nilai dan cara berfikiran serta social budaya yang berbeza daripada kita. 4.Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana keadaan ini akan mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah. 5. Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan keseronakan dan keselesaan bagi maid bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama. 6.Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan. JADUAL KERJA HARIAN PEMBANTU RUMAH WAKTU TUGASAN 5.30 pagi Bangun tidur, kemas diri & solat subuh 6.00 pagi Masak Air, membantu menyediakan sarapan 6.30 pagi Basuh & sidai pakaian 7.00 pagi Bangunkan anak, mandi & uruskan anak ke sekolah 7.30 pagi Buang sampah,siram pokok dan kemas di luar rumah 8.00 pagi Berkemas, lap perabot, sapu dan mop lantai 10.00 pagi Tidurkan anak 11.00 pagi Masak Tengahari 12.00 tghr Anak2 Makan Tengahari & Kemas 1.00 tghr Rehat, Kemas Diri & Solat Zohor 2.30 ptg Angkat pakaian, lipat dan gosok 4.30 ptg Solat Asar, Siram Pokok 6.00 ptg Mandikan anak2 dan siapkan 6.30 ptg Mandi, kemas diri dan solat magrib 7.00 mlm Membantu majikan menyediakan makan malam 8.00 mlm Makan Malam, sediakan tempat tidur utk anak2, spray nyamuk jika perlu 9.00 mlm Kemas rumah, mop dapur, basuh pinggan mangkuk dlm sinki 10.00 mlm Solat Isyak & Masuk Tidur JADUAL KERJA MINGGUAN & BULANAN PEMBANTU RUMAH 1. Mencuci tandas-3 hari sekali 2. Menyusun pakaian- 1 kali sehari 3. Mengemas rak2-1 kali seminnggu 4. Kemaskan setor/merumput- 1 kali seminggu 5. Menyapu sawang & mengelap kipas – 1 kali seminggu 6. Mengelap cermin tingkap & sliding door -1 kali seminggu 7. Mengemas luar rumah- 1 kali seminggu 8. Kerja-kerja lain yang disuruh oleh majikan KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN RUMAH 1. Pastikan dapur gas di tutup selepas digunakan 2. Pastikan suis seterika ditutup (off ) selepas digunakan 3. Telefon majikan jika ada perkara kecemasan. 4. Jangan bercakap dengan orang luar (termasuk pembantu rumah di rumah jiran tetangga) 5. Jangan telefon orang luar. 6. Jangan keluar daripada kawasan rumah 7. Jangan benarkan orang luar masuk ke kawasan rumah 8. Pastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci (manga) 9. Pastikan pintu utama rumah sentiasa di kunci. 10. Kunci-kunci rumah hendaklah diletakkan pada kotak kunci. 11. Jangan benarkan anak-anak keluar rumah jika majikan tiada di rumah. 12. Jangan masuk bilik tidur majikan 13. Berbincang dengan majikan jika ada masalah, jangan ambil keputusan sendiri. 14. Jangan memukul, mencederakan atau mendera anak-anak. 15. Laporkan kepada majikan jika anak demam atau tidak sihat dengan segera. 16. Ubat-ubatan & benda-benda tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat. 17. Jangan biarkan anak2 bermian di ruang dapur dan bilik air. 18. Awasi setiap perbuatan anak2. 19. Jangan cuba mengambil sebarang harta di rumah majikan 20. Sentiasa patuh & menghormati arahan majikan.

0 comments:

Post a Comment